Panduan Pertandingan
1.0 MAKLUMAT AM
1.1 Konvensyen KIK Horizon Baharu 2018 ini terbuka kepada semua Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia
1.2 Setiap Politeknik dan Kolej Komuniti boleh menghantar DUA (2) kumpulan bertanding:
1.2.1 SATU (1) Bidang Penyampaian Perkhidmatan (Penciptaan atau Penambahbaikan)
1.2.2 SATU (1) Bidang Sosial (Penciptaan atau Penambahbaikan)
1.3 Jenis kumpulan boleh terdiri daripada PRIMER atau HIBRID
TINDAKAN AWAL
- Borang maklumbalas penyertaan boleh diakses secara atas talian melalui alamat berikut: https://goo.gl/Yjz8cK
- Tarikh tutup borang maklumbalas penyertaan adalah 8 Jun 2018 (Jumaat) sebelum jam 5.00 petang
2.0 YURAN PENDAFTARAN
2.1 Yuran penyertaan sebanyak RM250 dikenakan bagi setiap kumpulan. Bagi kumpulan yang membawa pemerhati (fasilitator/penyelaras) dikenakan bayaran sebanyak RM50 seorang
2.2 Bayaran boleh dibuat secara tunai ATAU Pesanan Kerajaan (LO) atas nama KOPERASI PKKT BERHAD. No. Akaun: 1051 5000 1825 (Affin Islamic Bank Berhad)
3.0 PENGESAHAN PENDAFTARAN
3.1 Pengesahan pendaftaran perlu dilakukan secara atas talian sebelum/pada 30 Jun 2018 (Sabtu) di alamat berikut: www.jtmkpkt.net/kikhb
3.2 Ketua kumpulan perlu mendaftar dan memuatnaik kesemua maklumat berkenaan:
a. Ahli Kumpulan
b. Maklumat Kumpulan
c. Maklumat Projek
d. Dokumen Projek
e. Bukti Pembayaran
3.3 Pemerhati (penyelaras/fasilitator) perlu mendaftar dan memuatnaik maklumat berkenaan :
a. Maklumat Peribadi
b. Bukti Pembayaran
3.4 Penyelaras KIK institusi perlu mengesahkan pendaftaran bagi kumpulan dan pemerhati (penyelaras/fasilitator)
3.5 Format Dokumen Projek KIK adalah seperti berikut :
a. 10 – 15 Mukasurat
b. Format PDF
c. 12pt font
d. 1.5 spacing
3.6 Dokumen Projek KIK perlu dimuatnaik secara atas talian sebelum/pada 23 Julai 2018 (Isnin). Kegagalan untuk memuatnaik dokumen projek akan menyebabkan penyertaan TERBATAL dan yuran pendaftaran TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN.
3.7 Pendaftaran peserta/pemerhati adalah pada 8 Ogos 2018 (Rabu) mulai 8.30 pagi –11.30 pagi di Lobi Hotel.
4.0 TAKLIMAT PESERTA
4.1 Taklimat Wakil Kumpulan (Ketua Kumpulan) akan diberikan pada 7 Ogos 2018 (Selasa) pukul 8.00 malam – 10.00 malam bertempat di Bilik 1. Dokumen Projek KIK (2 SALINAN) perlulah diserahkan kepada pihak urusetia sebelum sesi taklimat bermula.
5.0 PERSIAPAN PAMERAN

5.1 Konsep pameran adalah Tanpa Dinding dan keluasan tapak pameran yang akan disediakan adalah 4 x 3 kaki persegi
5.2 Susun atur bergantung kepada kreativiti pasukan masing-masing dalam menonjolkan produk dan perkhidmatan masing-masing sepanjang majlis
5.3 Setiap tapak pameran hanya akan dibekalkan sebuah meja berukuran 3 x 2 kaki persegi, sebuah kerusi dan satu soket elektrik sahaja. Sebarang keperluan atau tambahan lain-lain peralatan adalah di bawah tanggungan kumpulan
5.4 Sekiranya terdapat permasalahan berkaitan pameran, sila berhubung dengan Jawatankuasa Pameran
5.5 Penilaian pameran akan dilakukan secara berterusan sepanjang masa pertandingan berlangsung. PASTIKAN ahli kumpulan berada di tapak pameran pada setiap masa kecuali pada masa sesi VIVA
5.6 Pemasangan pameran adalah bermula pada 8 Ogos 2018 (Rabu). Waktu pemasangan pameran adalah bermula pada pukul 11.30 pagi – 1.00 petang di Dewan Pameran
5.7 Kerja-kerja membersihkan pameran boleh bermula pada 9 Ogos 2017 (Khamis) setelah selesai lawatan oleh VVIP selepas jam 5.00 petang
6.0 SESI VIVA & SEMAKAN DOKUMEN
6.1 Tempoh masa sesi Viva & Semakan Dokumen adalah selama 40 minit
6.2 Sesi Viva dan Semakan Dokumen akan dijalankan secara serentak. Kumpulan juga perlu membawa bersama-sama dokumen sokongan berkaitan bagi tujuan Viva
6.3 Penetapan bilik dan giliran bagi sesi Viva akan di buat melalui proses undian yang dijalankan secara penjanaan komputer
6.4 Kemudahan yang akan disediakan semasa sesi Viva adalah :
a. 1 Skrin Projektor
b. 1 LCD Projektor
c. 2 Mikrofon
d. 1 Meja
e. Lain-lain peralatan adalah di bawah tanggungan kumpulan
6.5 Sesi Viva pada 8 Ogos 2018 bermula pada pukul 02.45 petang dan 9 Ogos 2018 bermula pada pukul 08.30 pagi. Setiap kumpulan dinasihatkan untuk bersedia 10 minit lebih awal sebelum masa giliran masing-masing. Adalah perlu bagi setiap kumpulan untuk berada di kawasan pertandingan sekiranya terdapat sebarang perubahan pada masa giliran
6.6 Lima (5) minit diperuntukkan untuk masa persediaan. Kiraan masa persediaan bermula apabila pasukan berada di ruang. Loceng akan dibunyikan setelah tamat 5 minit masa persediaan
6.7 Walau bagaimanapun pasukan boleh memulakan persembahan sekiranya telah bersedia lebih awal dari masa (5) minit persediaan yang diperuntukan
6.8 Masa 40 minit bermula selepas tamat lima (5) minit masa persediaan; ATAU bermulanya montaj / video clip ditayangkan; ATAU ahli kumpulan mula memberi SALAM/BERUCAP
6.9 Loceng pertama (1 kali) akan dibunyikan pada minit ke – 20 dan loceng kedua (2 kali) pada minit ke-40 yang menandakan tamat tempoh Viva
6.10 Sesi soal jawab bersama panel penilai akan diadakan sepanjang masa Viva berlangsung
7.0 MAJLIS PERASMIAN PENUTUP
7.1 Kod pakaian bagi Majlis Perasmian Penutup adalah FORMAL
7.2 Peserta dan pemerhati di minta untuk mengambil tempat di dalam Dewan Kenanga, TER pada jam 08.00 pagi
7.3 Sewaktu penyampaian hadiah Pameran, Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga setiap kategori dan Johan Keseluruhan, semua ahli kumpulan bersama Pengarah masing- masing (sekiranya hadir) di minta untuk naik ke atas pentas bagi penerimaan anugerah dan juga sesi bergambar
*** Semua kumpulan bertanding MESTI berada di kawasan pertandingan sepanjang masa pertandingan berlangsung. Sebarang perubahan MASA PERTANDINGAN bagi setiap kumpulan adalah tertakluk semasa hari pertandingan. ***