Tentang Kami

 

Politeknik Kuala Terengganu sekali lagi telah diamanahkan untuk menganjur dan menjayakan konvensyen KIK  Politeknik seluruh Malaysia pada tahun 2018 ini. Penganjuran pada kali ini dengan nama Konvensyen Horizon Baharu KIK Politeknik & Kolej Komuniti 2018 dan bertemakan ͞"Revolutionary of Technology and Digitization moves Innovation͟" di harapkan akan lebih meriah dengan penyertaan lebih ramai kumpulan KIK dari Politeknik dan Kolej Komuniti.

Penganjuran kali ke-3 berturut-turut ini adalah sebagai suatu penghargaan kepada tuan rumah iaitu Politeknik Kuala Terengganu yang diterajui oleh Puan Hajjah Radiah Binti Che Su sebagai pengarah, kerana telah berjaya dianugerahkan Johan Keseluruhan Konvensyen KIK Politeknik Malaysia 2017 yang lalu dan juga lebih menggembirakan lagi apabila Politeknik Kuala Terengganu juga telah berjaya merangkul Anugerah Ketua Pengarah MAMPU 2 kali berturut-turut iaitu pada 2015 dan 2016 yang lalu.

Semoga penganjuran pada kali ini akan lebih meriah dan berjaya. Syabas kepada kumpulan yang bertanding dan tahniah kepada yang berjaya. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami untuk mendapatkan penerangan berkaitan konvensyen.